Fallback Image

Terma dan syarat MyRAYA 2024

Butiran kempen:

  1. Penganjur
  2. OIB MARKETING SDN. BHD. (851411-M)
    • Kempen
      • KEMPEN MYRAYA 2024
    • Tempoh Kempen
      • Kempen bermula pada pukul 00:00:00 bertarikh 15/03/2024 dan tutup pada pukul 23:59:59 bertarikh 31/05/2024.
    • Kelayakan
      1. Kempen ini terbuka kepada peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada 15/03/2024) dan merupakan Warganaegara Malaysia dengan Kad Pengenalan yang sah semasa menyertai kempen ini.
      2. Peserta mesti membuat tempahan semasa tempoh kempen atau sudah membuat tempahan ke atas Projek Myra yang terlibat.
      3. Kempen ini tidak terbuka kepada:
        1. Pekerja-pekerja pihak Penganjur dan kumpulan syarikatnya dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik, dan pasangan mereka).
        2. Pekerja-pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Peraduan dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).
      4. Kempen ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan butiran kempen ini tersedia di laman web Myra. Dengan menyertai kempen ini, peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat yang dikemukakan. Penganjur berhak untuk melucutkan hadiah jika terdapat sebarang pelanggaran terma dan syarat.
    • Projek yang Terlibat
      • Senarai dibawah adalah Projek Myra yang terlibat dalam kempen ini:
        1. Myra Impian (myra.com.my/myra-homes/myraimpian/)
        2. Myra Cove (myra.com.my/myra-homes/myracove/)
        3. Myra Saujana (myra.com.my/myra-homes/myrasaujana/))
        4. Myra Putri (myra.com.my/myra-homes/myraputri/)
        5. Myra Gardens (myra.com.my/myra-homes/myragardens/)
        6. Alea Residence @ Myra Alam (myra.com.my/myra-homes/myraalam/)
    • Cara & Syarat Penyertaan
      1. Untuk menyertai kempen, peserta mesti membuat tempahan ke atas Projek Myra yang terlibat.
      2. Setiap RM200,000 daripada harga bersih rumah, peserta layak menerima satu (1) tiket penyertaan;
      3. Harga bersih rumahTiket penyertaan yang layak
        RM200,000 - RM399,9991
        RM400,000 - RM699,9992
        RM700,000 - RM899,9993
      4. Peserta mesti selesai fasa menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli untuk memperoleh tiket penyertaan. Segala bayaran sebelum menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli mesti dilunaskan dalam tempoh kempen sebelum penyertaan dikira layak
      5. Pihak Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana penyertaan jika peserta tidak memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan.
    • Pemilihan Pemenang
      1. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan menggunakan sistem yang telah ditentukan oleh Penganjur.
      2. Setiap Peserta dibenarkan untuk menerima hadiah daripada cabutan pertama sahaja. Sekiranya tiket Peserta dicabut lebih dari sekali, cabutan tersebut dikira tidak sah.
      3. Penganjur akan mengumumkan tarikh bagi cabutan bertuah.
      4. Peserta bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti sekiranya berlaku kecederaan, kerosakan, atau tuntutan hasil dari penyertaan peserta, dan/atau penggunaan, dan/atau penebusan hadiah dan/atau pelanggaran pemilikan hak harta intelektual pihak ketiga.
    • Hadiah
      1. Tiga-puluh dua (32) pemenang akan dipilih:
        1. x1 Pakej Umrah untuk 2 orang bernilai RM20,000
        2. x3 iPhone 15
        3. x3 TV LED 65”
        4. x5 Apple Watch
        5. x20 baucer tunai jenama terpilih bernilai RM300
      2. Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
      3. Pakej Umrah tidak termasuk perbelanjaan dan kelengkapan peribadi. Sebarang kos tambahan adalah tanggungjawab pemenang.
      4. Sekiranya pemenang adalah bukan Muslim atau memilih untuk menolak pakej Umrah, hadiah utama akan ditukar kepada pakej pelancongan dengan nilai yang setara.
      5. Model dan warna iPhone 15, Apple Watch dan TV LED 65” adalah tertakluk kepada stok semasa.
      6. Hadiah diberikan adalah ‘As Is’ dan tidak dibenarkan untuk ditukar kepada wang tunai, tidak boleh diganti rugi dan tidak boleh ditukar milik kepada orang lain.
    • Pemberitahuan Pemenang
      1. Pemenang Kempen akan diberitahu oleh Penganjur melalui emel atau nombor telefon yang dinyatakan semasa membeli Projek Myra. Pihak Penganjur berhak untuk menunda masa pengumuman pemenang.
      2. Sekiranya emel dan nombor telefon yang dinyatakan tidak dapat dihubungi, Penganjur mempunyai hak untuk memilih pemenang lain.
      3. Pemenang dikehendaki untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau acara publisiti lain atas perbelanjaan mereka sendiri apabila diperlukan seperti yang dimaklumkan oleh Penganjur berkaitan tarikh, masa, dan tempat majlis penyampaian hadiah dan/atau acara publisiti lain. Sekiranya Pemenang gagal untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah, Penganjur berhak untuk memilih Pemenang lain.
    • Maklumat Peribadi
      1. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda menunjukkan persetujuan anda agar Myra dapat memaklumkan kepada anda tentang projek lain dan acara yang akan datang. Anda bersetuju dan memahami bahawa Myra akan memproses maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan anda dianggap telah bersetuju dan membenarkan Myra mengumpul, menggunakan, dan memproses maklumat peribadi anda selaras dengan polisi dan prosedur Myra bagi tujuan menyediakan perkhidmatannya kepada anda. Sekiranya anda menghantar maklumat berkaitan individu lain, anda juga mengakui dan menjamin bahawa anda mempunyai kuasa untuk memberikan maklumat berkaitan individu lain tersebut, bahawa anda telah memaklumkan kepada individu lain tersebut tentang tujuan maklumat peribadi beliau dikumpul, digunakan dan didedahkan serta pihak kepada mana maklumat peribadi tersebut mungkin didedahkan, dan bahawa individu lain tersebut bersetuju dan memberi persetujuan agar kami boleh mengumpul, menggunakan dan memproses maklumat peribadi beliau seperti yang diterangkan di sini.
      2. Semua maklumat peribadi yang dihantar mestilah tepat dan lengkap dan tertakluk kepada bukti atas permintaan oleh Penganjur. Penganjur berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan mana-mana penyertaan dan menyingkirkan mana-mana Pelanggan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini atau yang mengganggu proses Kempen.
    • Hak Penganjur
      1. Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan, Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk mengubah, membatalkan, atau menarik balik Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
      2. Jika atas sebarang sebab, mana-mana aspek Kempen tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang, termasuk kerana jangkitan virus komputer, kegagalan rangkaian, pepijat, penggodaman, intervensi tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal atau sebab-sebab di luar kawalan Penganjur yang merosakkan atau mempengaruhi pentadbiran, keselamatan, keadilan, integriti atau kelakuan yang betul dari Kempen, Penganjur berhak sepenuhnya untuk membatalkan, menghentikan, mengubah atau menangguhkan Kempen, atau membatalkan mana-mana penyertaan yang terjejas. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penghentian, pengubahan atau penangguhan oleh Penganjur terhadap kempen, pemenang tidak berhak untuk menuntut sebarang tuntutan atau pampasan daripada Penganjur, ejennya dan pekerja untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pemenang sebagai hasil langsung atau tidak langsung dari tindakan pembatalan, penghentian, pengubahan atau penangguhan tersebut.
      3. Penganjur berhak sepenuhnya, menyingkirkan sebarang penyertaan dan melarang penyertaan lanjut dalam Kempen oleh mana-mana orang yang Penganjur percaya telah mengganggu proses penyertaan atau operasi Kempen atau yang bertindak melanggar Terma dan Syarat ini atau dengan cara yang mengganggu atau atas sebarang alasan lain.
      4. Penganjur berhak menggantikan sebarang Hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang setara dalam kes ketiadaan Hadiah. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar. Pemenang tidak berhak atas sebarang pampasan tunai, manfaat, atau penggantian dalam apa jua bentuk sekalipun sebagai ganti Hadiah kecuali ditentukan oleh Penganjur. Penganjur berhak untuk melucutkan Hadiah yang diberikan jika Pemenang gagal mematuhi Terma dan Syarat ini.
      5. Terma dan Syarat ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan, atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen.
      6. Penganjur berhak untuk menerbitkan dan mempamerkan nama, gambar Pemenang dan rakaman audio/visual untuk tujuan media massa, bahan pemasaran untuk tujuan publisiti tanpa pampasan. Dengan bersetuju kepada Terma dan Syarat ini, Peserta dengan ini bersetuju bahawa nama dan imej mereka boleh digunakan oleh Penganjur untuk apa jua tujuan media massa, pemasaran, atau publisiti bahkan selepas Tempoh Kempen.
      7. Penganjur mahupun mana-mana pegawai, pembantu, pekerja, wakil dan/atau agen (termasuk, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang diupah oleh Penganjur untuk kempen ini) tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana orang yang menyertai kempen ini untuk sebarang kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, khas atau akibat (termasuk, tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau niat baik) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kempen ini.
      8. Keputusan Penganjur mengenai sebarang perkara berkaitan Kempen adalah muktamad berhubung dengan apa jua aspek Kempen, termasuk penentuan pemenang. Tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
      9. Penganjur tidak bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang ralat, keciciran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau pemusnahan, akses tanpa kebenaran ke, atau pengubahan, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal pada mana-mana rangkaian telefon atau talian, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia, peralatan komputer, perisian, atau kegagalan e-mel akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di internet dan/atau laman web.
      10. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk mengubah, memadam atau menambah apa-apa Terma dan Syarat ini dan/atau untuk menghentikan, menangguhkan atau membatalkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, penghentian, penangguhan atau pembatalan Kempen tidak memberi hak kepada Peserta atau Pemenang untuk menuntut pampasan dari Penganjur untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta atau Pemenang sebagai hasil langsung atau tidak langsung dari tindakan penghentian, penangguhan atau pembatalan Kempen.